CARA MENGATASI MASALAH KULIT KERING & BERSISIK

Ada tak diantara korang yg sedang mengalami masalah kulit menggelupas & bersisik? Lebih2 lagi di area tepi hidung dan tepi bibir… Perghh sakit sangat kan?

Pasti ramai yang mengidamkan kulit muka yg nampak fresh, sihat, halus, gebu dan glowing kan? Tapi kulit muka kita kering sangat sampaikan kalau tutup guna foundation pun boleh nampak bersisik dan bertompok.

Jangan biarkan kulit wajah terus mengalami masalah kekeringan! Boleh jadi lebih teruk dan luka2 jika dibiarkan sesilap boleh berparut tau muka! Masalah akan jadi lebih teruk bila kita sering berada di dalam tmpt yg berhawa dingin.

Jadi kat sini kita nak bagi beberapa tips untuk mengatasi masalah kulit kering. Pastikan korang baca & ikut langkah ni kalau nak kekal cantik 😉

1. Minum air kosong secukupnya

      • Mungkin cara yg pertama ni agak cliche bagi korang tapi percayalah pengambilan air yang mencukupi dpt bantu kulit kita dari hidrasi dengan baik justeru dpt melembapkan kulit kita.

 

2. Apply toner dalam rutin penjagaan kulit wajah

      • Toner merupakan agen yg dapat membantu dalam proses pembaharuan kulit dan mengecilkan liang2 pori yg ada pd kulit wajah kita. Oleh itu, penggunaan toner dalam rutin penjagaan kulit wajah mampu menangani masalah kulit kusam dan mengurangkan masalah bintik2 hitam disamping dpt mengimbangkan tahap kelembapan kulit wajah kita.

3. Pastikan pencuci muka/cleanser anda mempunyai bahan pelembab

      • Pastikan anda mencucui wajah paling kurang dua kali sehari dgn menggunakan cleanser yg mengandungi bahan yg bagus untuk melembabkan kulit seperti aloe vera, avocado, lactid acid atau teh.

4. Gunakan moisturizer sebagai bahan pelembab

      • Apabila anda memakai makeup, pastikan anda memakai moisturizer dulu sebelum apply foundation. Ini utk mengekalkan kelembapan kulit wajah kita sbb bukan semua foundation mengandungi bahan pelembap. Moisturizer juga boleh digunakan sebagai ‘mask’ sebelum tidur & confirm kulit korg akan jadi moist dan cantik bila bangun dari tidur gittew..

5. Kurangkan mandi dengan air panas

      • Air panas sangat bagus utk melancarkan perjalanan darah di badan kita. Namun, air panas ni juga boleh menyebabkan kulit hilang kelembapannya.

6. Makan sayur & buah yg mencukupi 

      • Sayur dan buah mengandungi banyak antioksidan. Pengambilan sayur dan buah yg mencukupi boleh bantu kita untuk mendapatkan kulit muka yg lembab dan kekal glowing. Haa yg paling oenting boleh jadikan badan kita ni sihat! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×
Enable Notifications    Ok No thanks